Pages

Kenapa Hudud Tidak Dilaksanakan di Kelantan?

Selama 20 tahun rahsia ini dipendamkan, akhirnya NiK Aziz MB Kelantan menceritakan kisah benar mengapa Kelantan tidak melaksanakan hudud selepas PAS berjaya merampas Kelantan pada 1990.


Kenyataan famous Nik Aziz sebelum ini bila ditanya tentang hudud mengapa tidak dilaksanakan adalah dengan menuduh Tun Mahathir dan kerajaan Persekutuan tidak benarkan hudud dijalankan?!

Kalau Nik Aziz dan Pas ikhlas berjuang kerana Allah, apa yang nak ditakutkan dengan kerajaan? Sepatutnya mereka dan umat yang beragama Islam hanya takut kepada Allah!

Nik Aziz sendiri membuat pengakuan bahawa keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan kerajaan Kelantan dirampas semula dari BN yang diterajui ketika itu Tun Dr Mahathir.

Wah...! Rupanya takut jawatan dan kuasa dia hilang, sebab itu hudud tidak dilaksanakan. Syok lagi tuduh ini semua kerana Tun Mahathir menjadi penghalang!

Nampaknya Nik Aziz lebih takutkan Tun Mahathir daripada Tuhan!

Tetapi sekarang Tun Mahathir sudah pencen pun dari politik, mengapa Nik Aziz dok tak mahu lagi laksana hudud? Mungkin Tun Mahathir dok sihat lagi kot.. kah kah kah..

Akhirnya rakyat Malaysia belajar sesuatu tentang ilmu politik penting dari pemimpin agung PAS bergelar Wali Tok Guru iaitu; JAWATAN & KUASA lebih penting dari segala-galanya walaupun agama pun dilacurkan sebagaimana Anwar terpaksa melacur kepada AS dan Yahudi semata-mata untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara sendiri!

Sumber lain pendustaan pembangkang

http://malaysiakini.com/news/153541
http://www.youtube.com/watch?v=zo6mCLD7bTM

0 comments: