Pages

Bersih 3.0: Kejadian Rempuhan Kereta Polis

Ini dia cerita kenapa dan mengapa terjadinya aksi rempoh.


Jika dilihat pada gambar sepasang kaki sedang menghala ke atas dan kepala ke bawah hasil akibat dirempoh proton waja Polis yang bertugas hari itu?

Kenapa Polis merempuh mereka itu?

Maka jawab mereka yang menyokong tindakan polis itu setelah melihat video di Youtube selama seminit dan ditambah pula dengan hajinamoto TV3 maka mereka beranggapan polis yang memandu itu tidak bersalah. Polis itu hilang kawalan dan ada juga yang kata polis itu pensang. Mana mereka dapat maklumat ini adalah setelah melihat video di youtube.

Mereka tahu apa kisah sebenar yang terjadi?

Mereka kata polis telah diserang dan menyebabkan polis itu lintang pukang lari dan akhirny hilang kawalan dan merempoh mereka yang berada ditepi jalan itu. Mana mereka dapat maklumat? Adakah mungkin setalah mereka membaca blog yang paling hebat penyebar fitnah iaitu blog Papa Gomo.

Ini cerita sebenarnya.

Selepas polis melepaskan gas pemedih mata maka berkeliaranlah lari para peserta himpunan BERSIH 3.0 untuk menyelamatkan diri. Ketika itu, ramai yang sudah menangis dan muntah-muntah kerana gas pemedih mata kali ini kandungan bahan kimianya lagi teruk berbangding dengan gas yang digunakan semasa menghalau peserta himpunan BERSIH 2.0.

Namun rezeki peserta ini baik maka sebuah lari berhenti dan memberi air mineral. Berkotak-kotak botal air mineral air telah diberi dan jika dirujuk pada gambar banyak kotak air mineral disitu.

Sedang mereka cuba pulihkan kesengsaraan untuk bernafas dan susah untuk melihat maka lalu 2 buah kerata waja polis. Sebuah kerata hanya lalu dengan perlahan dan tiada apa berlaku pada sebuah kerata waja pertama itu.

Namun berbeza kerata waja yang kedua ini,pemandu kerata itu telah menimbulkan provokasi dengan membunyikan hon dan menyebabkan peserta hilang sabar dan membaling botol mineral. Tidak dinafikan ada juga yang bertindak ganas sehingga menendang kereta waja itu sehingga kereta itu kemak.

Mungkin agak terlalu takut lalu kereta waja itu memecut lacu sehingga hilang kawalan dan meyebabkan kerata yang dipandunya itu merempoh peserta yang tidak terlibat dalam upacara membaling botol itu. Ini kerana kereta waja itu tidak bergerak terus ke depan tetapi membekok ke bahu jalan sehingga ada yang tercedera dan diantaranya adalah wanita mengandung.

PERSOALAN?

Kenapa polis perlu timbulkan provokasi dengan membunyi-bunyikan hon atau pelbagai lagi provokasi. Adakah polis yang bertindak hari itu mengikut SOP Polis yang sebenar dan bukankah tugas polis ialah mengawal keadaan sehinggalah keadaan tidak terkawal barulah Polis boleh bertindak dan itu pun masih memerlukan SOP dan bukannya menggunakan undang-undang hutan!"

Sumber: Muntahpelangi.blogspot.com

Read more »

Jangan Panaskan Enjin Kenderaan Anda!

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.


Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula gunapakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Sumber: Radioinformasi.com

Read more »

Mayat Rakyat Syria Diheret Dengan Kereta

Sesungguhnya rakyat Syria diuji oleh Allah sebagaimana umat Islam di permulaan dakwah Islam yang menerima tentangan hebat oleh golongan musyrikin bagi melawan ajaran Islam yang suci yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Di Syria hari ini, rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan keadilan telah diperlakukan seperti binatang. Kita boleh menyamakan rejim Bashar seperti golongan musyrikin yang berpakat dengan golongan tentera Hizbullah dan Iran Syiah.

Lihat bagaimana video ini, seorang mangsa dibunuh dan diikat pada sebuah kereta lalu diseret mengelilingi kampung. Hanya Syria dan Hizbullah yang melakukannya, satu-satunya di dunia.



Mungkin akan berlaku sebegini di Malaysia jika SYIAH berkuasa.

Sumber: Harian-metro-online.com

Read more »

Bahaya Mouse Komputer Anda!

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan komputer, kesalahan dalam penggunaan tetikus (mouse) sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).


Jadi, kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.

Sumber: http://tabekpuang.blogspot.com

Read more »

Artis Wanita Malaysia Yang Ketagih Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. Tambahan pula, jika wartawan-wartawan media hiburan dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Fasha Sandha
Sazzy Falak
Sharifah Amani
Sharifah Jasmine Soraya
Sharifah Sofea
Diana Amir

Niat berkongsi gambar ini bukan nak mengaibkan mereka tetapi biarlah tabiat buruk ini tidak menjadi ikutan remaja ataupun bakal artis nanti. Artis ini sepatutnya menjadi idola atau role model untuk generasi muda sekarang namun jika tabiat ini diamalkan apa akan terjadi dengan dunia hiburan negara kita?

Sumber: http://www.duniarealiti.com

Read more »

Kenapa Zulkifli Nordin Keluar PKR?

Gambar di bawah adalah peristiwa bagaimana pejuang-pejuang Melayu Islam menggempur Dewan di Ibu Pejabat Majlis Peguam Council di mana tempat berlangsungnya Forum "Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam pada 11 Ogos 2008 yang lalu. Kelihatan bersongkok dan berbaju kemeja putih di atas, YB Sdr Zulkifli Nordin ( Ahli Parlime Kulim Bandar Baru - PKR ) yang turut membantah Majlis Peguam di atas penganjuran forum ini. Akhirnya YB Zulkifli Nordin telah diberi surat tunjuk sebab oleh PKR kerana menentang Majlis Peguam. MAJLIS PEGUAM INILAH YANG MENJADI DALANG KEPADA PENUBUHAN IFC..!


Tahukah tuan/puan sekelian apakah itu IFC?

1. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak individu di dalam mengamalkan hidup beragama (kebebasan beragama).

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN PENUBUHAN IFC?

2. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Saya sempat berdialog dua kali dengan kumpulan-kumpulan ini dalam satu mesyuarat PANEL anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

SIAPAKAH YANG PALING BERSEMANGAT MENYOKONG IFC?

3. Majlis Peguan terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

- Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

- Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

- Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

- Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan. Bagaimanapun Sister s In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

- Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC?

4. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM..?

5. Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IRC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat bahaya kepada Islam dari sudut :

(i) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Orang bukan Islam memang berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. Tidak perlu campurtangan IFC.

(ii) IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah camprtangan yang amat nyata dan menghina Mahkamah Syariah yang selama ini diberi kuasa untuk meentukan status agama seseorang itu. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara pula tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Perkara ini terkandung dalam Seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

APAKAH SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..?

Walaupun pada tahun 2005 yang lalu pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC ini, tetapi perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara yang di bawa oleh Majlis Peguam , HINDRAF dan sebagainya. Nampaknya sekarang Majlis Peguam dan HINDRAF lebih agresif dalam hal untuk menuntut kesamarataan tentang agama-agama lain dengan kedudukan Islam di negara ini.

Jadi, sebagai seorang muslim mahukah kita membiarkan kedua-dua anasir ini meneruskan agenda IFC dalam bentuk pertikaian perundangan Islam oleh Bar Counsil dan juga perjuangan menerusi berarak di jalan-jalan raya macam HINDRAF. Kalau tak mampu nak menentang agenda IFC ini secara berdepan, maka cukuplah kalau tuanh/puan tolong sampaikan maklumat saya ini pada kawan-kawan rapat kita. Wassalam.

Tahukah tuan/puan sekarang ini..? Puak-puak pendokong IFC ini sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membina pusat/kompleks rumah ibadat untuk gereja, kuil, dan juga tok kong di Putrajaya. Dengar ceritanya kompleks akan dibina berhampiran dengan PICC, Putrajaya dan kalau terbina nanti maka akan terserlah dari udara jika kapalterbang yang nak mendarat ke KLIA. Berapa kerat sangat orang kristian, hindu dan buddha di Putrajaya tu. Tapi, demi kerana mereka nak menonjolkan syiar agama mereka bagi menandingi Islam, maka akan bina sebesar-besarnya di Putrajaya nanti.
*Kredit to Dr.Shamsuddin Moner El-Askarey.

* Pendapat peribadi saya.

Tak sangka juga di Malaysia sudah wujud suruhanjaya seperti ini. Ini bermakna ada juga kaum-kaum kafir yang begitu membenci Islam dan mempersoalkan syiar Islam. Sememangnya dari dulu Islam telah mula menapak di negara ini sebagai agama rasmi di dalam negara, namun atas dasar tidak puas hati, ada pihak yang inginkan negara ini menjadi seperti sebuah negara yang bebas dan tidak menjadikan Islam sebagai peneraju utama di dalam sistem perundangan negara ini. Adakah ini suatu yang munasabah?

Tidakkah mereka tahu, bahawa seberapa ramaikah orang Islam di dalam negara ini yang akan menentang habis-habisan? Sungguhpun ramai di antara kita yang tidak tahu mengenai perkara ini, apabila sampai ke satu tahap, kita sebagai orang Islam akan bangkit menentang mereka yang merancang untuk menghancurkan Islam di dalam negara ini. Keadaan pada masa sekarang sudah semakin bahaya. Kerana anak-anak muda sekarang ramai yang tidak mahu mendalami agama Islam secara lebih mendalam.

Sekadar mengambil pengetahuan sahaja di dalam mata pelajaran agama di sekolah (malahan kini mata pelajaran agama Islam boleh menjadi pilihan untuk mata pelajaran seni. Boleh pilih pulak, samada mahu menyingkirkan mata pelajaran agama Islam atau Pendidikan Seni di dalam peperiksaan. Astaghfirullah..).

Sedangkan tanpa ilmu agama, kita akan menjadi semakin lemah. Jahil di dalam ilmu agama bermakna tidak lama lagi akan berlaku kejatuhan akhlak dan moral, sekaligus akan merosakkan sesebuah institusi keluarga dan sesebuah masyarakat itu sendiri. Sekarang ini sudah semakin banyak berlaku orang yang berpelajaran yang menentang hudud, iaitu suatu perundangan Islam yang Allah perintahkan kepada manusia untuk di amalkan di dalam semua negara Islam.

Di dalam negara kita sendiri juga ada yang menentang hukum Allah ini. Semakin lama, tidak keterlaluan untuk saya katakan, ramai orang Islam yang menjadi munafik kerana kejahilan mereka. Ulama-ulama yang tahu pula ada yang memekakkan telinga dan membutakan mata menjadi syaitan bisu yang tidak mahu menegakkan kebenaran bagi kepentingan diri mereka sendiri.

Nah, nampak sangat Malaysia berada di dalam bahaya!

Apa yang perlu kita buat? Tuntutlah ilmu. Janganlah biarkann diri kita dipijak-pijak suatu hari nanti. Maksud saya adalah ilmu agama. Sebenarnya bagi orang biasa seperti kita, banyak lagi perkara-perkara yang masih kita tidak ketahui lagi.

Kita jahil! Sebab kita tidak mahu mencari panduan hidup! Sedangkan panduan hidup itu telah tersusun rapi di dalam Al-Quran, Allah yang lebih tahu mengenai manusia, Dia sudah rancang semuanya untuk manusia...! Alangkah malang bagi seseorang atau sesebuah pihak itu menolak hukum-hakam dan panduan daripada Allah! Betapa jahilnya kita..

Allah...

Saya pun tak tahu nak berkata apa lagi. Yang penting sekarang, adalah perlu kita belajar dengan mendalam lagi tentang agama. Belajar demi keredhaan Allah di samping meningkatkan kasih sayang kita terhadap agama Islam yang suci. Belajar mengenali keEsaan Allah itu sendiri, betapa berkuasanya Allah itu, tiada sesiapa pun yang mampu melawan kuasa-Nya, mengenali siapa itu Nabi Muhammad saw, akan menambahkan lagi rasa keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Sekaligus..! Kita akan menjadi salah seorang tentera-tentera Allah yang berani mengangkat senjata memerangi kaum kafir dan munafik yang berusaha menghancurkan syiar Islam di dalam negara.

Marilah menuntut ilmu, penuhkan dada dengan ketaqwaan kepada Allah, jangan takut dengan kuasa-kuasa yang selain daripada Allah, jangan ragu-ragu dengan tindakan kita untuk menentang si kuffar, bersedialah kita untuk mengorbankan diri ke jalan Allah! Semoga kita akan syahid di sisi Allah!!!

Sumber: http://saurukentsite.blogspot.com

Read more »

Pasangan Berzina Ketika Live Konsert

This summary is not available. Please click here to view the post.
Read more »

Akibat Zina Anak Beranak Melekat Sampai Mati

Aib persetubuhan antara anak dan ibu yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. tapi berita meninggalnya masih di pertanyakan.


Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah rumah sakit di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah dokter operasi berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritis.Dokter tidak memiliki jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua anak ibu itu dikeluarkan dari RS secara tertutup. - Helmifaiz.com

Read more »

Remaja 14 Tahun Hidup Mewah

Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.

Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.

“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.

“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.

Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.

“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.

Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.

Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.

Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama. - Josrevalution.blogspot.com

Read more »

Gadis Tak Cuci Mekap Selama 2 Tahun

Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.


Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.

Read more »

Jalanraya Dalam Bangunan?

Jalanraya yang dibina menembusi bangunan. Itulah kemajuan negara seperti Jepun yang mana arkiteknya mempunyai idea yang sangat kreatif.


Idea ini sangat sesuai untuk negara yang padat dengan bangunan dan mempunyai kurang tanah untuk membesar atau membina jalanraya. - Itsmesaiful.blogspot.com

Read more »

Wanita Berwajah Pontianak

Maria Jose Cristerna adalah seorang artis tatu dan bekas penguam. Cristerna digelar 'Pontianak' mendapatkan tatu pertamanya ketika berusia 14 tahun.


Cristerna mengubah dirinya lebih ekstrem selepas bercerai dengan suaminya. Ibu kepada 4 orang anak ini begitu berani mengubah penampinlanya dan amat popular bagi pencipta tatu dari seluruh dunia.

Read more »

Pakar Karate Membunuh dan Makan Mayat

PERNAMBUCO (Brazil): Seorang pakar karate dan dua wanita ditangkap kerana membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum memakan daging mangsa untuk ‘membersihkan jiwa.’

Da Silveira bersama-sama seorang wanita ditangkap atas tuduhan membunuh

Menurut polis, ketiga-tiga warga Brazil yang ditangkap di Pernambuco, timur laut negara itu, adalah anggota yang mempercayai fahaman ‘menyucikan dunia.’ Pakar karate, Jorge da Silveira, 51, ditangkap bersama-sama Isabel Pires, 51, dan Bruna da Silva, 25, kerana merancang membunuh tiga wanita setiap tahun.

Seorang jurucakap polis berkata, rancangan mereka terbongkar apabila polis menemui buku 50 muka milik da Silveira yang mengandungi lukisan dan maklumat mengenai memakan daging manusia.

Polis juga menemui dua mayat di laman rumah kumpulan terbabit.

Mereka percaya mayat itu milik Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30, yang dilapor hilang di kawasan itu baru-baru ini.

Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran rumah suspek sejurus sebelum hilang.

Jiran membakar rumah terbabit, tempat mayat itu ditemui Khamis lalu, menurut laporan media Brazil.

Pesuruhjaya Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga suspek merancang membunuh seorang lagi mangsa berhampiran bandar itu.

Dia percaya suspek sudah membunuh lebih ramai mangsa. - Agensi

Read more »

PETER Schmeichel Puji Aksi David de Gea

PETER Schmeichel memuji aksi memberangsangkan penjaga gol muda Manchester United, David de Gea dalam membantu kelab itu melebarkan penguasaan di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lima mata di depan pesaing terdekat, Manchester City.


Bekas penjaga gol dan legenda Manchester United itu menyifatkan De Gea semakin matang dan mula menunjukkan kemampuan sebenar pada setiap aksi kelab itu.

“Selepas saya tiada, United mengambil masa agak lama mendapatkan pengganti (penjaga gol) hinggalah Edwin Van Der Sar muncul.

“Saya mengikuti perkembangan De Gea dan sejak kebelakangan ini peningkatannya cukup ketara, semua orang menyaksikannya. Dia masih muda dan mampu pergi lebih jauh bersama United,” katanya ketika ditemui dalam program kunjungan bersama Courts Malaysia (Courts) di Setapak, semalam. Sejak 1 April lalu, Schmeichel dilantik sebagai Duta Jenama untuk Courts Malaysia dan Singapura. Untuk itu, Schmeichel terbabit secara langsung dalam program pemasaran Courts, termasuk melalui pelayaran media Internet.

Menyentuh prestasi bekas kelabnya, Schmeichel yakin United akan bangkit daripada kekecewaan Liga Europa dengan memenangi Liga Perdana Inggeris.

“Saingan sudah hampir ke penghujung, saya percaya Sir Alex Ferguson ada percaturan tersendiri untuk mengungguli takhta EPL sekali lagi. “Ia musim yang cukup hebat melihat saingan sesama jiran, United dan Manchester City bagi merebut kejuaraan liga musim ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Courts, Terry O’Connor yakin kerjasama bersama Schmeichel akan menjadi bonus dan tarikan kepada peminat bola sepak tempatan. Schmeichel hari ini akan muncul di Singapura sempena meraikan ulang tahun Courts ke-38 di sana.

Read more »

4,000 'Like' Kelab Gay Malaysia

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik premis perniagaan yang menawarkan servis urutan kesihatan dan spa kecantikan khusus untuk lelaki, kumpulan gay dikenali dengan pelbagai gelaran seperti ‘Mat Kunyit’ dan ‘People Like Us’ (Plu) nyata aktif menggunakan rangkaian Internet bagi menarik lebih ramai pengikut.

Gambar Hiasan

Kumpulan itu secara terbuka mengumpul pengikut di seluruh negara menerusi rangkaian laman sosial popular, terutama facebook (FB), dengan mendaftarkan akaun atas nama Kelab Gay Malaysia sejak 27 Jun 2011.

Pemerhatian Metro Ahad (MA) mendapati, laman itu mendapat sambutan di kalangan golongan gay sehingga status ‘like’ dikumpul akaun FB berkenaan mencecah hampir 4,000.

Jumlah itu membuktikan kelompok homoseksual kian berkembang dan dikhuatiri pengaruh negatif yang mempromosi hubungan sejenis bakal menarik lebih ramai anak muda tempatan menyertainya.

Lebih mengejutkan, MA mendapati akaun FB didalangi golongan terbabit bukan saja terhad kepada satu akaun, malah setiap negeri mempunyai kelab gay sendiri yang mengumpul sekurang-kurangnya 1,100 like.

Paparan gambar dikongsi rakan komuniti dalam akaun itu sungguh meloyakan kerana mereka mendedahkan sebahagian besar tubuh serta tidak takut berkongsi gambar intim ketika bersama pasangan. - Hmetro.com.my

Read more »

Menderita Gara-gara Cincin RM5

SEBERANG JAYA: Seorang ibu terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, A Devika, 22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Devika berkata, dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuknya membengkak empat hari kemudian.

“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara tetapi gagal,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Menurutnya, tidak mampu menanggung kesakitan, dia ke HSJ jam 4 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan, namun kakitangan hospital juga gagal menanggalkan cincin sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

Katanya, cincin berharga RM5 itu dibeli di pasar malam berhampiran rumahnya di Butterworth dan dia tidak menyangka kejadian itu berlaku akibat memakainya. - Hmetro.com.my

Read more »

Brad Pitt dan Angelina Jolie Sah Akan Berkahwin

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Selepas bertahun-tahun tinggal sebumbung dan bersekedudukan hingga mendapat tiga orang anak, aktor Hollywood, Brad Pitt akhirnya melamar pasangannya, Angelina Jolie, kata seorang jurucakap kelmarin.

BRAD PITT bersama pasangannya, Angelina Jolie 
pada acara karpet merah Anugerah Akademi Ke-84 
di Hollywood, California pada 26 Februari lalu.- REUTERS

“Ya, benar, mereka akan berumah tangga,” kata pengurus Pitt, Cynthia Pett-Dante kepada majalah AS, People.

“Ia demi masa depan yang lebih baik dan anak-anak mereka amat gembira dengan keputusan ini,” tambahnya.

Kenyataan Pett-Dante sekali gus menamatkan spekulasi tentang perkahwinan tersebut yang tersebar sejak beberapa bulan lalu.

Namun, menurutnya, tarikh pasangan itu disatukan dan lokasi majlis perkahwinan mereka masih belum ditetapkan.

Berita mengenainya turut disahkan oleh jauhari yang mereka bentuk cincin pertunangan mereka, Robert Procop.

Procop yang terkenal dalam kalangan selebriti AS, mengambil masa setahun untuk menghasilkan cincin berkenaan yang bertatahkan sebutir berlian paling berkualiti.

Pitt, 48, dan Jolie, 36, rapat semasa di set penggambaran filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2006.

Pasangan yang popular dengan gelaran Brangelina itu memiliki tiga orang anak daripada zuriat sendiri di samping mereka memelihara tiga orang anak angkat. – AFP

Read more »

Penyanyi Hip Hop Dibelasah Gara-gara Cemburu

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd. Rafie Michel, 23, yang dilapor cedera selepas dibelasah di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang kelmarin dipercayai kerana cemburu.

MIKAEL ADAM yang dirawat di sebuah 
hospital swasta di Kuala Lumpur semalam

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermotifkan cemburu.

“Kita juga sudah mengenal pasti suspek terlibat yang merupakan anak orang kenamaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi kelmarin, Mikael Adam yang berada di dalam keretanya bersama dua rakan didatangi suspek secara tiba-tiba sebelum menariknya keluar lalu ditumbuk sehingga terjatuh dan mukanya dipijak.

Mohamed Zulkarnain berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan. - Kosmo

Read more »

Dakwaan Perkauman, AS Mohon Maaf Kepada Shah Rukh Khan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memohon maaf kepada Shah Rukh Khan kelmarin selepas bintang filem Bollywood berkenaan menyatakan dia ditahan oleh pihak berkuasa AS semasa tiba di negara berkenaan dengan menaiki sebuah jet peribadi.


Washington turut menafikan dakwaan Shah Rukh Khan dijadikan sasaran perkauman dalam insiden tersebut.

India mengemukakan bantahan diplomatik selepas Shah Rukh memberitahu, dia ditahan lebih 90 minit pada petang Khamis lalu selepas pesawatnya mendarat di lapangan terbang kecil White Plains di negeri New York.

Hero filem Dilwale Dulhania Le Jayenge itu berada di AS kerana menerima undangan untuk berucap di Universiti Yale.

“Kami amat menghormati Shah Rukh sebagai seorang seniman dan juga kerja kemanusiaan yang dilakukannya,” kata jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner kepada pemberita sekali gus mengulangi kenyataan serupa oleh Kedutaan AS di New Delhi.

“Kami memohon maaf atas segala kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh Shah Rukh,” tambahnya.

Namun, pada masa yang sama, Toner menafikan hero Bollywood itu dijadikan sasaran dalam insiden tersebut kerana dia memiliki nama orang Islam.

“Tuduhan ini tidak benar kerana puluhan ribu orang Islam masuk dan keluar dari AS setiap hari tanpa mereka ditahan atau dilengahkan,” jelas Toner.

Katanya, Shah Rukh hanya dilengahkan ketika dia berada di dalam pesawatnya. Aktor Bollywood itu tidak pernah dibawa ke bilik tahanan.

Shah Rukh, 46, yang merupakan antara bintang filem Bollywood paling popular, meneruskan perjalanan ke Universiti Yale selepas insiden tersebut

Mengulas tentang kejadian memalukan itu, Shah Rukh memberitahu, dia juga pernah ditahan selama lebih dua jam di lapangan terbang Newark, dekat New York pada 2009.

“Justeru, saya sudah biasa dengan insiden seperti ini. Ia sentiasa berlaku kepada saya, ia bagus kerana setiap kali saya berasa besar kepala, saya akan membuat kunjungan ke Amerika (AS),” katanya dengan nada berseloroh ketika berucap kepada sekumpulan pelajar universiti ternama itu.

“Pegawai-pegawai imigresen pandai membuatkan anda berasa rendah diri walaupun anda sebenarnya seorang bintang pujaan,” kata Shah Rukh.

“Lain kali, saya akan menjadikan insiden ini lebih menarik dengan memberikan sedikit cabaran. Apabila mereka (pegawai imigresen) bertanya: Apa bangsa anda? Saya akan menjawab saya orang kulit putih,” kata aktor berkenaan yang pernah membintangi hampir 80 buah filem. – AFP

Read more »

Lelaki Tidak Tahan Seks Minta Tolong Polis

Jerman – Gara-gara tidak tahan dengan kehendak seks yang terlampau kuat daripada seorang wanita yang baru dikenalinya, seorang lelaki terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum memanggil polis untuk menyelamatkannya.

Gambar Hiasan

Lelaki itu terpaksa berbuat demikian selepas wanita itu enggan melepaskannya dan menuntut dia melakukan seks berulang-ulang kali.

Kejadian berlaku di Munich, selepas lelaki berusia 43 tahun itu mengenali wanita terbabit di sebuah bar.

Selepas dia dibawa oleh wanita itu pulang ke rumahnya, mereka melakukan seks beberapa kali namun lelaki itu akhirnya keletihan dan mengalah selepas diajak melakukannya lagi.

Menurut polis, lelaki itu terpaksa memenuhi permintaan wanita itu hanya semata-mata supaya dapat keluar dari rumah berkenaan, namun gagal.

Namun kerana wanita itu berterusan mendesaknya, lelaki itu kemudian terpaksa memanggil polis.

Bukan itu, sahaja, sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, wanita itu sebaliknya cuba menggoda anggota polis itu untuk melakukan hubungan seks.

Namun dia bukan sahaja gagal malah ditangkap dan kini berdepan tuduhan melakukan serangan seks. - Mynewshub.my

Read more »