Pages

Nik Aziz Hanya Pasrah Anwar Pertahan Israel

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam The Wall Street Journal (WSJ) Januari lalu kelihatan agak tajam menusuk jiwa nurani umat Islam hinggakan sampai hari ini kehangatannya agak merimaskan ramai pihak, malah menyebabkan Pas sebagai rakan sekatil PKR turut menjadi serba salah.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”


“Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”. (WSJ / 26 Januari 2012)


Menyedari kemarahan umat Islam di Malaysia dan serata dunia yang berang dengan kenyataan Anwar itu, akhirnya membawa kepada usul dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada minggu lalu yang mendesak Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataan yang dilihat jelas pro kepada kewujudan Israel di atas bumi Palestin.

Namun desakan hanya sekadar tinggal desakan.

Pertemuan terbaru Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lebih hanya bersifat memujuk, bukannya berupaya menyebabkan Anwar Ibrahim untuk akur dengan tuntutan Majlis Sura Ulama Pas.

”Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mengulangi pendirian Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu Pas sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pendirian Pas ini’. – Nik Aziz / Utusan Malaysia.

Ternampak jelas di situ, Nik Aziz hanya mampu mengulangi pendirian Pas yang menolak kewujudan israel tapi di masa sama gagal mempengaruhi Anwar untuk mengubah pendiriannya yang mempertahankan kewujudan negara celaka Israel.

Di sini tidak sukar untuk kita membuat andaian betapa lemahnya Pas dalam menentukan hala tuju Pakatan Rakyat (PR) hinggakan dalam kes sebegini serius pun hanya mampu pasrah.

Dengan kelemahan sedemikian layakkah Pas terus mendabik dada sebagai parti yang memperjuang Islam?

“Oleh itu, tidak berbangkit Pas menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama pakatan pembangkang. Apa pun saya yakin, pihak pakatan pembangkang tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Israel yang zalim itu”. – Nik Aziz / Utusan Malaysia

Sejak pasca PRU 2008 hingga sekarang, Pas sekian banyak kerap beralah dan hanya berupaya mendesak dalam media tapi hilang jantannya bila berdepan dengan seni putar belit Anwar Ibrahim.

Nik Aziz hanya dapat berangan dengan seribu satu keyakinan bahawa PR mendukung perjuangan rakyat Palestin, realitinya bila Anwar pergi ke luar negara bersua muka dengan pemimpin luar, kenyataannya akan berubah sekelip mata.

Siapa yang boleh lupa pendedahan Washington Post dalam artikel tulisan kolumnis Yahudi Jackson Diehl berkenaan tindak tanduk Anwar yang bergegas menemui pemimpin Barat & Yahudi Zionis hanya semata-mata untuk menjelaskan ‘kesilapannya’ menggunakan perkataan “pencerobohan zionis”?

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. “Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?” he said. “I need to be more careful.” – Washington Post


Pertemuan Nik Aziz dan Anwar tidak dapat menyorok hakikat sikap Anwar sebagai politikus oppoturnis yang kerap bertukar wajah mengikut suasana, angguk di luar dan geleng di dalam negara walaupun pokok isunya adalah sama.

Kita faham dalam keadaan Pas yang kian lemah pengaruhnya dan kerap menjadi keldai tunggangan untuk memenuhi selera Anwar, PKR dan DAP, tiada apa sangat yang boleh diharapkan dari Nik Aziz dan Pas demi kebaikan umat Islam.

Namun setidak-tidaknya takkanlah walau sekalipun Pas tidak berupaya untuk menonjolkan dirinya sebagai bernilai tinggi dalam PR dan tuntutannya di ambil kira dalam menentukan hala tuju PR.

Macammana kelak nak menentukan dasar pemerintahan negara jika dipinjamkan Allah s.w.t dengan kuasa kalau dalam hal ‘kedaulatan’ Israel ini pun Pas dah sangkut. Balik-balik asyik pasrah & redha apa saja.. Parah..

0 comments: