KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini berhubung isu sokongan terhadap keselamatan negara Israel mendapat liputan meluas banyak pihak terutama media massa negara ini.
Pelbagai reaksi diberikan ramai pihak berhubung pertemuan itu termasuk dikalangan ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang pro kerajaan atau pro parti pembangkang kerana isu itu telah menimbulkan kontraversi berhubung perbezaan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berhubung kewujudan negara Israel.
Ada pihak yang melihatnya dari sudut positif dan ada juga yang mendakwa pertemuan itu sebagai satu sandiwara politik oleh kedua-dua pemimpin itu untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap kenyataan Anwar berhubung keselamatan Israel seperti yang disiarkan The Wall Street Journal (WSJ).
Sebagai respons segera berhubung pertemuan itu, Lajnah Penerangan PAS Pusat hari ini mengedarkan kenyataan penuh Nik Abdul Aziz berhubung pertemuan itu melalui satu kenyataan media.
Berikut adalah kenyataan Mursyidul Am PAS tentang pertemuan dua pemimpin utama parti pembangkang di Malaysia terbabit:
Pagi semalam, sekitar pukul 9.30, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lalu yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.
Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.
Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Admin: Kejap kata boleh, kejap lagi kata tak boleh. Sanggupnya menjual agama kerana politik semata-mata.

0 comments:
Post a Comment