Pages

Kenapa Anwar Dipilih Sebagai Pengerusi IMF dan Bank Dunia?

Seperti diakui portal Malaysiakini, tujuan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu pinjaman dana Bank Dunia adalah semata-mata untuk membuang gelaran “agen AS” yang kini sudah sebati dengan imej Ketua Umum PKR itu.

“Dalam usaha membuang gelaran “agen AS” terhadapnya, Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

“Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu”, lapor portal itu berdasarkan ucap utama Anwar dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP), anjuran kerajaan Selangor, di Westin Hotel tahun lalu.


Fakta Tersembunyi

Ada beberapa fakta tersembunyi di sebalik laporan portal tersebut yang sehingga kini masih menimbulkan tanda tanda.

Pertama, kenapa portal itu membuat dakwaan bahawa Anwar membangkitkan isu pinjaman bank dunia bertujuan untuk membuang label ‘agen AS’. Apa kaitan Bank Dunia dengan ‘agen AS’?

Kedua, sejauhmanakah kebenaran dakwaan Anwar yang mendakwa beliau ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1993 telah menulis surat kepada Bank Dunia menolak bantuan kewangan?

Ketiga, apa kaitan penerimaan dan penolakan bantuan kewangan dengan jawatan yang disandang oleh Anwar iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia ?

Ada beberapa kekeliruan yang mungkin sengaja ditimbulkan di sini.

Pertama, jika benar dakwaan ingin membuang ‘agen AS’ sebab itu dibangkitkan isu pinjaman bank dunia, maka jawapannya usaha itu masih gagal, malah imej tersebut terus utuh dalam diri Ketua Umum PKR itu kerana beliau gagal membersihkan dirinya sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 1998 yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia pada tahun 1998.

Daripada ramai Menteri Kewangan di seluruh dunia, kenapa Anwar dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia dari Mac 1998 – September 1998?

Kedua, dakwaan Anwar yang mengatakan beliau menolak pinjaman bank dunia pada tahun 1993 masih diragui kerana menurut rekod dari Bank Dunia fakta menunjukkan sebaliknya.


Persoalan timbul adalah kenapa Anwar timbulkan isu tahun 1993, sedangkan isu sebenar yang melanda ekonomi Malaysia adalah Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997?

Kenapa Anwar tidak dakwa beliau selaku Menteri Kewangan pada tahun 1997/1998 menulis kepada Bank Dunia menolak bantuan kewangan?

Lebih mengelirukan lagi apabila portal itu cuba mengaitkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia yang disandangnya pada Mac 1998 dengan penolakan pinjaman kewangan pada tahun 1993.

Campur Aduk Untuk Mengelirukan

Tiga entiti yang berlainan cuba dicampuradukkan seolah-seolah menjadi satu yang bertujuan untuk mengelirukan.

Entiti pertama, Anwar Menteri Kewangan pada tahun 1993, menulis surat kepada Bank Dunia menolak pinjaman bank tersebut yang gagal dibuktikan dengan bukti rekod daripada bank itu sendiri.

Entiti kedua, Anwar selaku Menteri Kewangan dari tahun 1991-1998 dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia pada Mac 1998

Entiti ketiga, walaupun pada mata kasar Bank Dunia dan IMF adalah hampir sama, tetapi dari segi hakikat sebenar adalah berbeza.

Bank Dunia dan IMF merupakan struktur yang berbeza dan Anwar dilantik untuk menjadi pengerusi kepada kedua-dua institusi yang berbeza itu.

Daripada huraian di atas, kesemua pinjaman hanya fokus daripada Bank Dunia dan bukannya daripada IMF.

Kenapa Anwar timbulkan semua kekeliruan di atas?

Sebab utamanya adalah untuk menyembunyikan identitinya sebagai Menteri Kewangan a.k.a agen Bank Dunia/IMF a.k.a ‘agen AS’ yang gagal mengatasi krisis ekonomi Malaysia pada tahun 1997/1998.

Gadai Malaysia Kepada IMF

Malah, wartawan Barat, Mike Billiton, dari Executive Intelligence Review (EIR) merumuskan Anwar ketika krisis ekonomi 1997 telah berkomplot dengan penyangak matawang Yahudi, George Soros untuk menekan Tun Dr Mahathir Mohamad, turun dari jawatannya, Perdana Menteri melalui tekanan ekonomi.

Sebab itu, badan kewangan dan media antarabangsa yang dibelakangnya turut dipengaruhi Soros, ketika Malaysia dilanda krisis ekonomi 1997 telah melantik Anwar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia pada Mac 1998 dan pada tahun sama majalah Newsweek International turut menamakannya sebagai tokoh “Asian of The Year“.

Komplot 1998: Michel Camdessus, Pengarah urusan IMF, (kiri), James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia (Tengah) dan Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan sebelum mesyuarat Bank Dunia/IMF 17 April 1998 di Washington, DC.

Maksudnya dalam bahasa mudah, jika Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir mengalami krisis ekonomi pada tahun 1997, jadi untuk memulihkan ekonomi Malaysia, maka perlu pilih ‘tokoh “Asian of The Year” yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF dan Bank Dunia.

Apabila Anwar dipilih ke jawatan PM sepertimana yang dikempen dalang antarabangsa itu maka akan memudahkan Malaysia digadai kepada tabung along antarabangsa, IMF, seperti mana yang berlaku di Indonesia.

Itulah maksud tersembunyi di sebalik anugerah jawatan dan gelaran yang diberikan kepada Anwar yang didalangi oleh Yahudi itu.

Laksana Prinsip IMF

Menurut wartawan Barat, Mike Billington, ketika menghadapi krisis ekonomi 1997/1998, Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan melaksanakan resipi IMF yang dipanggil sebagai ‘Polisi IMF Tanpa Pinjaman IMF’.

Maksud polisi tersebut adalah beliau selaku Menteri Kewangan telah menaikkan kadar faedah, memendekkan tempoh bayaran pinjaman daripada 6 bulan kepada 3 bulan, dan memotong peruntukan bajet kepada kementerian-kementerian daripada terus beroperasi untuk kemajuan negara.

Seorang lagi wartawan Barat Nile Bowie berpendapat langkah Anwar itu dibuat dengan membelakangkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu.

Menurut Bowie, langkah Anwar itu bertujuan untuk merealisasi agenda George Soros, penyangak matawang Yahudi yang menjadi dalang di sebalik percaturan krisis ekonomi Malaysia.

Michel Camdessus, Pengarah Urusan IMF dan James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia ketika itu turut disebut-sebut sebagai proksi Soros.

“Anwar menyokong dasar ekonomi terbuka yang dianjurkan oleh spekulator (Soros) dan mempertahankan George Soros apabila spekulator itu mengancam untuk ‘memusnahkan negara’ dan membuang Mahathir daripada kuasa”, kata Bowie.

Meskipun Dr Mahathir mengecam Soros sebagai pemusnah ekonomi Malaysia, namun Anwar membela penyangak matawang Yahudi itu dengan memujinya sebagai ‘pemusnah kreatif’, walaupun hakikat sebenarnya, negara hampir bankrap disebabkan serangan penyangak tersebut.

0 comments: