Pages

PAS Hina Islam Pertahan DAP

Sejarawan Lord Acton pernah mengatakan kuasa menjurus kepada penyelewengan dan kuasa mutlak menjurus kepada rasuah secara mutlak.

Mungkin kata-kata bersandarkan nilai politik ini mampu memberi sedikit mengapa seorang pemimpin politik seperti seperti Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat amat sukar untuk bersara selepas 20 tahun menerajui negeri yang dikatakan sebagai Serambi Mekah itu.

Rakyat agak terkejut apabila Nik Aziz yang sudah menjangkau usia 80 tahun, uzur dan seringkali keluar masuk hospital, tetap mahu bertanding dan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Mungkin ada pihak yang melihat keputusan tersebut adalah hak Mursyidul Am PAS dan tiada siapa yang boleh menghalang hasrat beliau untuk terus aktif dalam politik Kelantan.

Untuk mengetahui mengapa Nik Aziz amat liat untuk melepaskan jawatan beliau ialah kerana KUASA.

Selepas 20 tahun di tampuk kuasa pentadbiran negeri Nik Aziz sudah mabuk kuasa, justeru itu melihat jawatan Menteri Besar sebagai hak mutlaknya.

Alasan mahu terus berbakti kepada negeri Kelantan dan terus berkhidmat kepada rakyat adalah alasan seorang ahli politik bukan datangnya seorang yang diberi gelaran “Tok Guru” oleh pengikut-pengikut yang taksub dengan PAS.

Boleh sahaja Nik Aziz berbakti kepada masyarakat melalui ceramah-ceramah berunsur agama yang telah dilakukan sebagai seorang yang mempelajari selok belok agama.

Namun beliau memilih jalan politik untuk berbakti kerana KUASA dan ketagihan kuasa jugalah yang menyebabkan Nik Aziz sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dilihat bertentangan dengan ajaran suci Islam yang di bawa Nabi Muhammad saw.

Umpamanya pada lewat tahun 1990an beliau mengatakan Allah mencarut dalam Surah Al-Lahab malah katanya orang Islam boleh berkawan dengan syaitan.

Nik Aziz menafsir ayat suci Al-Qur’an mengikut nafsunya sendiri tanpa mempedulikan samada ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Yang penting baginya setiap tafsiran yang dibuat harus disesuaikan dengan agenda politik PAS untuk menjustifikasikan hubungan politik dengan parti rasis DAP.

Apatah lagi dengan aura yang dicipta melalui penggunaan gelaran atau “title” yang muluk seperti ‘Tok Guru’ sudah tentu akan menyematkan rasa gerun, taksub dan takjub kepada ‘individu suci’ yang memegang penghormatan itu.

Kuasa jugalah yang menyebabkan Nik Aziz gelap mata dengan melantik menantu beliau, Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) satu ketika dahulu.

Malah kontroversi timbul apabila menantunya dituduh menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi dan keluarganya.

PAS mendedahkan keburukan Umno dan Barisan Nasional dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak lawan tetapi Menteri Besar dari parti itu sendiri secara terangan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Kegilaan terhadap kuasa juga menyebabkan Nik Aziz tidak segan silu dan berasa bersalah mengeluarkan ‘fatwa’ sesuka hatinya.

Paling jelas penyelewengan Nik Aziz apabila mengatakan undi PAS sebagai paspot ke syurga.

Bagi beliau kepentingan dan agenda politik PAS adalah lebih penting daripada Al-Qur’an dan Hadis.

Selagi Al-Qur’an dan Hadis boleh digunapakai untuk menjayakan agenda politiknya, PAS tidak akan teragak-agak untuk mengeksploitasi ajaran Islam.

Pemahaman yang di bawa oleh Mursyidul Am PAS ini amat merbahaya kepada aqidah dan kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Beliau sanggup berkawan dan tidur sebantal dengan DAP tetapi orang Islam yang tidak sehaluan dengan pemikiran akan dihina, dinista malah dijadikan musuh ketat.

Apakah orang Melayu terutamanya boleh mengharapkan apa-apa kebaikan daripada pemimpin seperti Nik Aziz untuk menyatukan masyarakat dan umat Islam?

Baginya jika tidak menyokong perjuangan PAS bermakna seorang itu telah terkeluar daripada aqidah Islam.

Barangkali itulah sebabnya seorang ulama yang dihormati bernama Tok Guru Ayah Haji Lah yang merupakan Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan melabelkan Nik Aziz bukan sebagai Mursyidul Am (Pemimpin Umum) tetapi Mudalilul Am (Penyesat Am)!

0 comments: