Pages

Mengapa Tapak Masjid Bayan Mutiara Tidak Diperlukan

BANTAHAN besar-besaran Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menjual tapak masjid dalam projek pembangunan Penang World City di Bayan Mutiara dilihat satu tindakan yang bermotifkan politik semata-mata.

Dari satu segi, macamlah Pemuda UMNO nak sembahyang disitu pun kalau masjid itu dibina. Lebih-lebih lagi ketuanya, Shaik Hussein Mydin yang diketahui hanya sembahyang ikut sempat, bukan kerana taat.

Ini fakta, bukan suka-suka nak disebutkan.

Kembali pada isu tapak masjid itu tadi, dalil kenapa tapak masjid itu tidak perlu sangat mudah. Pelan pembangunan kawasan tersebut termasuk pembinaan rumah dan pusat komersial yang bernilai jutaan ringgit yang menyasarkan pelabur luar, terutama dari Singapura untuk membeli hartanah di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, penulis dimaklumkan bahawa kerajaan negeri dan pemaju tidak menyasarkan pembeli/pelabur di kawasan tersebut akan terdiri daripada orang Melayu/Islam kerana kedudukkan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang (malah di Malaysia juga) tidak memungkinkan mereka untuk membeli hartanah di kawasan tersebut.

Kalau pun sesat seorang dua orang Melayu yang mampu, maka cukuplah sekadar sebuah surau sahaja dibina dimana-mana unit bawah kondominium yang bakal di bina itu.


Tidak perlulah sampai ke tahap membina Masjid yang kemudian nanti hanya menggalakkan labah-labah membuat sarang dek kurangnya jemaah yang nak mengimarahkan masjid tersebut.

Ini bukan soal siapa lebih Islamik atau tidaknya tapi soal pulangan ekonomi. Lebih baik tapak sedia ada dibangunkan dengan projek komersial yang lebih memberi manfaat dan menguntungkan pemaju dan kerajaan negeri seterusnya memberi pulangan kepada pelaburan besar yang telah dibuat.

Soal ini yang penulis tidak jangka pemuda UMNO akan faham kerana ia membabitkan persoalan ekonomi yang kompleks.

Lagipun bukankah masjid-masjid di kawasan berdekatan sudah lebih dari cukup untuk menampung jumlah jemaah sedia ada. Kenapa perlu menambah satu kepada jumlah yang sudah sedia banyak?

Justeru itu penulis menyokong penuh tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu menyaman pergerakkan Pemuda UMNO negeri tersebut kerana mempolitikkan isu ini dengan harapan untuk mengelirukan pemikiran rakyat Melayu Pulau Pinang malah seluruh negara yang mudah terusik dengan perkara sensitif sedemikian.

Saman itu perlu difailkan dan diserahkan segera kerana dalam keadaan pilihanraya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang, kita takut kelewatan menyampaikan saman hanya akan memberi peluang kepada UMNO untuk menjadikan isu ini sebagai bahan kempen.

Lagipun amat malang kalau projek pembangunan yang bernilai ratusan juta ringgit dan mampu memberi manfaat kepada kerajaan negeri ini menjadi kontroversi hanya kerana isu yang kecil dan mudah seperti ini.

Sumber: http://suarapakatanrakyat.com

0 comments: