Menonton video yang bertajuk ‘Suara Merdu Yang Menyeramkan’ di laman YouTube boleh dikatakan agak basi ceritanya memandangkan penulis yakin ramai pendengar dan pembaca sudah pun mengetahui isi cerita video itu.
Dalam video itu, penulis terpukau dengan kecantikan dan kelunakan suara merdu yang dilontarkan oleh seorang penyanyi wanita yang mengambil bahagian dalam ujibakat rancangan Thailand’s Got Talent.
Malah, melihatkan bentuk badan dan rambutnya yang cantik membuatkan penulis agak terkesima dengan kecantikan wanita Thailand itu.
Secara jujur, tiada satu perkataan pun penulis faham maksud yang mereka katakan tetapi, dapat mengagak yang penonton rancangan itu rata-ratanya suka dengan penyanyi wanita itu.
Permulaan menonton, memang seronok kerana suara wanita itu sangat merdu. Tetapi, pada minit 1:06, penulis nyata terkejut kerana suara penyanyi wanita itu berubah menjadi garau!
Kenapa? Sedikit keliru di situ kerana penyanyi wanita itu boleb merubah suaranya hanya dalam sekelip mata.
Tetapi, memikirkan negara Thailand adalah sebuah negara tumpuan untuk menukar jantina, tidak mustahil untuk katakan penyanyi wanita itu sebenarnya adalah lelaki.
Bukan itu sahaja, dihujung rakaman video itu juga menunjukkan penyanyi ‘wanita’ itu seperti diterima masuk ke dalam rancangan itu.
Jadi, tiada langsung diskriminasi berlaku walaupun penyanyi itu dengan berani mendedahkan ‘kehebatan’ dirinya.
Tak percaya? Tengok sendiri video itu.
Sumber: Mynewshub.my

0 comments:
Post a Comment