Pages

Anwar Ibrahim Saman WSJ USD100 Juta?

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal (WSJ) jika benar penerbitan itu silap melaporkan kenyataannya berhubung isu Israel.


Kata Zulkifli, Anwar tidak sepatutnya hanya berani menyaman media tempatan terutamanya Utusan Malaysia kononnya mendakwa kenyataan beliau sering disalah lapor.

''Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman The Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan saya nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial The Wall Street Journal. Beritahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapor," katanya menerusi entri terbaru bertajuk Al-Yahud di blognya di http://zul4kulim.blogspot.com.

Entri itu merujuk kepada kontroversi kenyataan Anwar menerusi wawancara dengan WSJ pada 26 Januari lalu yang antara lain menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pas sendiri menyebabkan Anwar menerusi blognya dua hari kemudian memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataannya.

Zulkifli dalam entri yang sama turut mendesak pemimpin Pas menyatakan pendirian berhubung kenyataan itu yang disifatkan beliau sangat penting kerana melibatkan soal maruah negara.

Katanya, pemimpin Pas perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada mereka berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar apatah lagi Penasihat PKR itu mahu ditabalkan sebagai pemimpin kepada pakatan pembangkang.

''Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam ingin tahu adalah, adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan DAP-PKR-Pas akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

''Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan. Dalam manifesto tidak ada dan dalam Buku Jingga pun tidak ada. Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu," katanya.

Kalau dah tahu WSJ salah lapor dan telah menyebabkannya terjerumus dalam fitnah ini...Buat macam biasa...saman je WSJ USD100 juta kerana salah lapor..Kemudian suruh WSJ buat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan yang dilaporkan oleh WSJ itu telah menggugatnya daripada menjai Perdana Menteri Malaysia...

Tak perlulah nak tuduh UMNO buat fitnah kerana UMNO hanya mengungkapkan kembali kenyataan Anwar dalam bahasa rakyat..supaya mudah rakyat fahami maksud kenyataan Anwar...

Anwar Ibrahim mendakwa Umno sudah kehabisan modal politik sehingga terdesak untuk terus memainkan isu mengaitkan beliau dengan Israel dan tidak boleh menerima "fitnah" itu lagi.

Ketua Pembangkang berkata, walaupun penjelasan mengenai perkara itu sudah banyak kali dibuat, namun parti teras Barisan Nasional (BN) itu masih menuduhnya dengan Zionis.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mendakwa apa yang diperkatakan oleh BN khususnya Umno hanyalah fitnah semata-mata dan menegaskan tidak boleh menerima "fitnah sedemikian."

"Saya tidak boleh terima fitnah seperti itu. Kenyataan saya yang disalah lapor menjerumuskan saya dalam fitnah ini. Ini menunjukkan Umno tidak ada modal politik lain, asyik bangkitkan isu ini sampai sekarang,” katanya.

Sumber: http://empayar-pemuda.blogspot.com

0 comments: