Pages

Nurul Izzah Cabar Hukum Islam

Kalau orang nak cakap yang Si Nurul Izzah ni cerdik sebab dia dapat masuk Universiti, baik la diorang fikirkan semula. Jangan cepat sangat nak mengagung - agungkan dia.

Sebelum ini, dia bersekongkol dengan Papa kesayangan dia untuk mengkritik undang - undang yang berkaitan dengan isu hubungan seks, terutama sekali dalam isu Liwat.

Kata dia, undang - undang tersebut sudah lapok dan usang serta tidak lagi boleh guna dipakai. Bagi mereka, hubungan seks ni adalah hak individu.

Selagi hubungan itu tidak dilakukan dikhalayak ramai, ianya sah dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah pihak Kerajaan atau pihak berkuasa tidak ada hak untuk ambik tahu.

Siapa ajar dia buat hubungan seks ni dibenarkan sesuka hati? Tak kira sama ada ianya dilakukan secara terang - terangan atau tertutup, ianya tetap HARAM!!!

Haram bagi mana - mana pasangan yang tidak mempunyai hubungan sah seperti perkahwinan. Haram bagi mereka yang sesama jenis.

Pokok pangkalnya, hukumnya adalah HARAM!!! Takkan itu pun dia tak faham? Maknanya, lepas ni boleh la kita buat parti liar dekat rumah dan tidak ditahan pihak berkuasa ye?

Cuba suruh dia buat dulu. Patut la dia beria - ia benar mempromosikan minuman arak baru - baru ni. Rupanya, dia nak galakkan orang buat kerja tak senonoh.

Nah!!! Dibawah ni satu lagi petikan dimana Si Nurul Izzah ni dilihat mencabar Hukum Islam apabila dia kata dia ada hak untuk tentukan pakaian yang dia pakai:


Terjemahan ayat yang digarisan biru: "Saya seorang wanita Muslim. Saya pakai apa yang saya suka dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melarang."

Kalau ada wanita seperti dia menggunakan semula ayat itu tetapi tidak menutup aurat bagaimana? Adakah kita hanya lihat dan hanya gelengkan kepala?

Jelas, itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan dia melanggar hukum Islam yang sebenar dimana wanita diwajibkan menutup aurat.

Siapa yang suruh wanita Muslim menutup aurat? Tak lain dan tak bukan ialah Baginda Rasulullah S.A.W sendiri. Dan ianya disyariatkan dalam hukum agama Islam.

Ianya perintah Allah S.W.T agar setiap wanita menutup aurat mereka. Jadi, kalau Si Nurul Izzah ni kata dia boleh pakai dan buat apa yang dia suka, maka itu dah melanggar syariat!!!

0 comments: